Pages

Friday, August 28, 2009

SALAM RAMADHAN 1430 DARI KESATUAN PEKERJA PTMSB

Dikesempatan ini, pihak Kestuan Pekerja - Pekerja PTMSB ingin mengucapkan " SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERBUKA " kepada seluruh umat muslimin dan muslimat seluruh dunia dan tidak lupa juga khususnya kepada semua warga PROTON dari peringkat pengurusan mahupun peringkat pekerja. Semoga dapat menjalankan ibadah puasa dengan penuh kesabaran dan tawaduk kepadaNYA. Walaupun di bulan Ramadhan, namun tugas dan tanggungjawab sebagai pekerja harus dijalankan dengan sempurna. Puasa tidak bererti kita lemah atau kalah, malah di zaman Rasulullah S.A.W setiap peperangan di bulan puasa Rasulullah S.A.W sentiasa diberi kemenangan dalam setiap peperangan. Jadi kepada warga kerja PROTON kita juga perlulah mengikut contoh dan tauladan yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah S.A.W, yakni dengan mencapai target pengeluaran dan kualiti keluaran kereta yang diharapkan oleh pelanggan-pelanggan. Kualiti dan target pengeluaran kereta diperlukan dalam bulan Ramadhan ini bukanlah penghalang untuk kita sama-sama merealisasikannya. Insayaallah dari pihak kesatuan kita akan senantiasa menjaga hubungan baik diantara pihak pengurusan mahupun pekerja. Akhir kata, pihak kesatuan sekali lagi mengucapkan " SELAMAT BERPUASA DAN SELAMAT BERBUKA " di bulan Ramadhan 1430

No comments:

Post a Comment