Pages

Sunday, August 30, 2009

SELAMAT DATANG KE BLOG KESATUAN PEKERJA - PEKERJA PTMSB

Assalamualaikum w.b.t ,

Kesatuan Pekerja PTMSB mengucapkan berbanyak terima kasih kepada pengunjung-pengunjung yang sudi melawat laman blog Kesatuan Pekerja PTMSB. Laman blog ini bertujuan untuk memaparkan berita-berita atau aktiviti Kesatuan bagi memperkenalkan Kesatuan Pekerja - Pekerja PTMSB. Kesatuan Pekerja - Pekerja PTMSB sentiasa aktif menjalankan aktiviti disamping prihatin terhadap kebajikan pekerja PTMSB dan sentiasa menjaga hubungan erat serta harmoni dengan Pihak Pengurusan PROTON. Dengan kewujudan blog ini Kesatuan Pekerja PTMSB telah mengorak langkah maju ke hadapan seiring dengan dunia yang serba maju dan canggih ini. Kesatuan Pekerja PTMSB juga tidak melepaskan peluang dan tidak mahu ketinggalan untuk sama-sama maju dengan arus permodenan sekarang. Blog ini masih dalam pembikinan dan banyak yang perlu diperbaiki. Insyaallah dengan sokongan warga kerja PTMSB kita akan cuba lakukan yang terbaik terhadap PROTON mahupun kesatuan. Terima kasih juga kesatuan ucapkan kepada Presiden Kesatuan Pekerja - PTMSB, En. Mohd Yusmar Bin Omar yang telah mencetuskan idea untuk mewujudkan laman blog ini. Tidak lupa juga, kepada semua Exco-exco Kesatuan Pekerja PTMSB yang turut membantu dalam pembikinan laman blog ini. Insyaallah semasa AGM nanti Kesatuan akan melancarkan perasmian blog ini sekaligus dapat memperkenalkan kepada seluruh warga kerja PTMSB yang belum menyedari kewujudan laman blog Kesatuan Pekerja - Pekerja PTMSB. Sekian terima kasih......wasalam

2 comments:

  1. Tahniah atas pembangunan blog ini. tetapi, bagi saya kalau nk nampak dia benar² official... better tak payah buat background macam tue. cukup satu gambar sahaja & besarkan. satu page muat. kalau macam nie, sakit mata dowh nk tengok....

    ReplyDelete
  2. kita tak letak apa background coz ia akan mengganggu penulisan artikel.. rasanya ini pun sudah ok dan boleh dilihat dengan jelas.. apa pun terima kasih atas komen dan cadangan utk membaik pulih blog ini yang masih baru.. apa saja cadangan komen insyaallah kita akan memperbaiki dari masa ke semasa.. tq

    ReplyDelete