Salam 1 Malaysia buat semua pengunjung-pengunjung blog KPPPTMSB yang sudi melayari blog ini. Kesatuan Pekerja-pekerja PTMSB mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan ``Selamat Hari Raya Aidil Adha” kepada seluruh pengunjung mahupun ahli KPPPTMSB serta warga kerja PTMSB. Korban beerti kita merelakan dengan hati yang ikhlas kepada ALLAH S.W.T dengan memberi sumbangan atau bantuan tidak kira dari segi kewangan, harta benda, masa atau tenaga kepada agama, bangsa mahupun negara. KPPTMSB mendoakan semoga semua ahli yang ingin pulang ke kampung halaman agar berhati-hati agar selamat sampai ke kampung halaman begitu juga apabila kembali semula bekerja. KPPPTMSB tidak mahu ada ahli-ahli yang terkorban di musim-musim perayaan ini memandangkan setiap kali musim perayaan statistik kemalangan adalah tinggi. Di musim-musim tengkujuh begini, KPPTMSB mengharapkan agar mana-mana ahli yang ingin merancang untuk pulang ke kampung halaman perlulah merancang perjalanan agar sebarang kecelakaan atau musibah tidak berlaku. Jagalah keselamatan diri sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman mahupun kembali ke tempat kerja nanti. Semoga Hari Raya Korban ini akan memberi keberkatan kepada seluruh ahli mahupun warga kerja PTMSB, insyaallah. `` ALLAH HUAKHBAR! ALLAH HUAKHBAR! ALLAH HUAKHBAR! ”
No comments:
Post a Comment