Pages

Thursday, February 4, 2010

PERADUAN NAMAKAN PROTON SEDAN



PERADUAN NAMAKAN PROTON SEDAN

Syarat & Peraturan Peraduan

1. Kelayakan Mengambil Bahagian
a. PERADUAN NAMAKAN PROTON SEDAN™ dibuka kepada semua warga PROTON
yang telah disahkan jawatan sebelum 1hb Januari 2010 (PHB, PESB, PTMSB dan
Miyazu) KECUALI Jabatan Pemasaran Produk dan ahli-ahli jawatankuasa peraduan.

b. Peraduan ini bermula dari 12.01 pagi, 10hb Februari 2010 dan berakhir pada 11.59
malam, 25hb Februari 2010 (“Tempoh Peraduan”).

c. Penganjur berhak untuk meminda tempoh peraduan pada bila-bila masa sahaja. Semua
penyertaan yang diterima di luar tempoh peraduan akan dibatalkan

2. Kriteria Kelayakan

a. Setiap borang penyertaan yang dihantar mesti diisi secara individu, lengkap
dengan
butir-butir yang dikehendaki dan menjawab kesemua empat [4] soalan yang
diberikan. Penyertaan yang tidak lengkap akan dibatalkan.

b. Setiap peserta berhak/layak menghantar tidak melebihi daripada dua (2) borang
penyertaan. Salinan fotostat borang penyertaan juga diterima.

c. Panel pengadil yang terdiri daripada ahli-ahli kumpulan PROTON akan memilih
penyertaan terbaik berdasarkan relevan, keaslian dan kreativiti untuk memenangi
hadiah yang ditawarkan.

d. Borang penyertaan yang dihantar mestilah di dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa
Inggeris sahaja. Berikut adalah kriteria yang diperlukan untuk setiap penyertaan:

• Tidak mempunyai sebarang maksud berkaitan dengan haiwan.
• Penyertaan yang membawa maksud yang tidak sopan secara automatik akan
dibatalkan.
• Penyertaan tidak boleh membawa maksud yang tidak baik, contohnya “Bodoh”
• Penyertaan mestilah boleh diterima secara komersial, contohnya “PROTON Waja”

e. Segala keputusan pengadil adalah muktamad dan surat-menyurat tidak akan
dilayan.

f. PROTON berhak menggunakan nama dan/atau gambar pemenang sebagai bahan untuk
tujuan pengiklanan, perdagangan dan/atau publisiti tanpa memberi notis terlebih
dahulu dan pemenang tidak berhak membuat tuntutan pemilikan atau mendapat
sebarang bentuk pampasan untuk bahan tersebut.

g. Dengan menyertai peraduan ini, peserta bersetuju untuk mematuhi dan terikat
kepada syarat dan peraturan peraduan ini, serta keputusan pihak PROTON.

h. Semua kos pengangkutan, penginapan, kos peribadi dan/atau sebarang kos, yuran
dan/atau perbelanjaan lain yang berkaitan untuk menyertai Peraduan ini dan
menuntut hadiah adalah tanggungjawab pemenang sepenuhnya.

3. Penghantaran Borang Penyertaan

Setiap borang penyertaan boleh dihantar melalui email, ketua cawangan atau hantar
terus ke alamat seperti di bawah. Bukti kiriman pos tidak menandakan bukti
penerimaan oleh pihak PROTON.

Bahagian Pemasaran Produk,
PROTON Holdings Berhad,
Tingkat 1, PROTON Centre of Excellence,
KM 33.8 Westbound Shah Alam Expressway,
46700 Subang Jaya, Selangor.
(u.p : Cik Ema Soleha atau Puan Maziani)

1 comment:

  1. salam... boleh anda bagi info tentang waja R ini????

    ReplyDelete