Pages

Monday, June 28, 2010

Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Kesatuan Musim Ke 3 (2010)


Berikut adalah senarai kumpulan yang telah menghantar borang penyertaan :

1. CITY TRIM FC - ( Pengurus Pasukan : Zulkarnain ) TF / Trim 2
2. SAMURAI FC - ( Pengurus Pasukan : Effi Aizam ) TF / Final 2
3. WAKKA - WAKKA FC - ( Pengurus Pasukan : S. Mazlisham ) TF / Final 3
4. YOWANA PELE - ( Pengurus Pasukan : Ahmad Fauzi ) Engine Shop
5. TELOK JENGGO - ( Pengurus Pasukan : Abdullah Zuraimi ) Painting
6. CHIBOYO FC - ( Pengurus Pasukan : Mohd Shahril ) Body Assy
7. ORAIT - ( Pengurus Pasukan : Mohd Noorazlan ) QC
8. UCFC - ( Pengurus Pasukan : Shahril ) TF / Chasis 1
9. FLYING DUCHMAN - ( Pengurus Pasukan : Mohd Rizal ) - TF / WIP Repair
10. KAWAN-KAWAN FC - ( Pengurus Pasukan : Khatinesan ) TF
11. TRUCK LABU FC - ( Pengurus Pasukan : Uthayakumar ) TF / WIP
12. SHARP FC - ( Pengurus Pasukan : Mohamed Nazrol ) TF / Elektrikal
13. KAKI BANGKU - ( Pengurus Pasukan : Shahrul Nizam ) TF / Trim 1
14. COPABANA FC - ( Pengurus Pasukan : Mohd Faizal ) Engine Shop
15. UBS FC - ( Pengurus Pasukan : Faiz Farhan ) Body Assy
16. MOSQUITO FC - ( Pengurus Pasukan : Mohd Azhar Bin Yusof ) QC
17. C,L.O Fc - ( Pengurus Pasukan : Mohd Zamri Bin Mat Saat ) Body
18. B5B4 FC - ( Pengurus Pasukan : Long Azman Bin Long Ideris ) Body
19. FTG Fc - ( Pengurus Pasukan : Zulkarnain B Abd Rahman ) Body
20. RILEKS PISANG FC - ( Pengurus Pasukan : Abdul Hafiz Bin Ramli ) PPC TF
21. PETAI FC - ( Pengurus Pasukan : Saiful Bin Jaafar ) TF / FINAL 1
22. JIG DE' ORANGE - ( Pengurus Pasukan : Wan Syukri ) Body
23. ROGER BOND - ( Pengurus Pasukan : Mohd Redzuan ) Engine Shop
24. DANOBAT FC - ( Pengurus Pasukan : Mohd Ariman ) Engine Shop

Berikut adalah peraturan pertandingan :

1. Setiap pemain mestilah Ahli Kesatuan Pekerja-Pekerja Proton Tg. Malim (KPPPTMSB). Seseorg pemain hanya dibenarkan berdaftar dengan satu pasukan sahaja, jika didapati seorang pemain itu berdaftar dengan pasukan lain maka pasukan tersebut akan dibatalkan penyertaannya.

2. Format pertandingan yang akan dijalankan adalah kalah mati. (Bergantung kepada jumlah penyertaan pasukan)

3. Setiap pasukan hendaklah mendaftar seramai 12 org pemain dan seorang pengurus pasukan.

4. Pertandingan akan dijalankan selama 7 minit setiap separuh masa dan tiada masa rehat diberikan.

5. Setiap pasukan boleh membuat 3 pertukaran pemain pada bila-bila masa termasuk penjaga gol.

6. Pemain yang menerima 2 kad kuning akan digantung 1 perlawanan pada perlawanan yang berikutnya dan pemain yang menerima kad merah tidak dibenarkan bermain pada seluruh kejohanan .

7. Setiap pasukan dikehendaki menyediakan seorang penjaga garisan dan pihak penganjur akan menyediakan penjaga garisan pada perlawanan akhir sahaja.

8. Jika keputusan perlawanan berkesudahan dengan seri maka tendangan penalti secara suddent death akan dijalankan, jika masih lagi seri lambungan duit siling akan menentukan keputusan.

9. Setiap pasukan dikehendaki menyediakan jersey yang lengkap dengan nombor disebelah belakang, utk menentukan warna jersey jika didapati persamaan warna pasukan yang namanya disebut dahulu dikehendaki menukar kepada warna lain.

10. Setiap pasukan hendaklah bersiap sedia 10 minit sebelum perlawanan, masa menunggu diberikan selama 5 minit jika masih tidak masuk ke padang setelah dipanggil maka pasukan tersebut dianggap kalah dengan jaringan 2-0

11. Setiap pasukan dibenarkan bermain setelah pasukan tersebut mempunyai 7 orang. Jika kurang dari jumlah tersebut maka pasukan tersebut diisytiharkan kalah dengan jaringan 2-0

12. Bantahan boleh dibuat setelah tamat sesuatu perlawanan dan tidak lewat dari 30 minit setelah tamat perlawanan dengan bayaran sebanyak RM200 (Ringgit Malaysia Dua Ratus Sahaja). Jika bantahan tidak diterima maka wang bantahan tidak akan dipulangkan semula.

13. Segala undang-undang permainan adalah mengikut undang-undang yang dikeluarkan oleh FIFA

14. Keputusan pihak pengadil adalah muktamad. segala undang-undang yang tidak tercatit didalam peraturan ini adalah tertakluk di atas keputusan pihak penganjur.

15. Setiap pasukan dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM 50 dan wang tidak akan dipulangkan semula.

16. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab diatas segala kehilangan barang-barang berharga pemain dan tidak boleh dituntut pada pihak penganjur.

17. Pihak penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku kecederaan sepanjang kejohanan ini dilangsungkan dan setiap pengurus pasukan mestilah memastikan setiap pemain memakai pad utk mengelakkan berlaku kecederaan serius.

18. Pihak penganjur akan menyediakan air minuman sepanjang hari kejohanan dilangsungkan.

19. Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20hb. Julai 2010 jam 3.00 petang

20. Hadiah :

JUARA - Piala Pusingan + Wang Tunai RM 1000 + Medal
N/Juara - Wang Tunai RM 700 + Medal
Ketiga - Wang Tunai RM 400 + Medal
Keempat - Wang Tunai RM 150

21. Penyertaan untuk kejohanan ini terhad kepada 32 pasukan sahaja. Konsep " FIRST COME FIRST SERVE " akan diambil kira.

No comments:

Post a Comment