Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diatas kunjungan Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir, Pegawai-pegawai SUK Kerajaan Negeri Perak serta deligasi kerana sudi melawat kilang Proton Tanjung Malim Sdn. Bhd. Dato' Seri juga membuat uji pabdu kereta persona di test track dan seterusnya meluluskan kereta. Semoga lawatan ini dapat memberi pengalaman kepada Dato' Seri serta mengeratkan hubungan diantara Pengurusan PROTON. Sesi penerangan dan juga perancangan tentang Proton Tanjung Malim Sdn. Bhd. dan juga pembangunan di kawasan perindustrian Proton City telah diterangkan kepada Dato' Seri Dr. Zambry Abdul Kadir serta rombongan. KPPPTMSB mengalu-alukan mana-mana Menteri yang sudi bertandang serta melihat sendiri kemajuan yang ada di Proton Tanjung Malim Sdn. Bhd. serta kawasan sekitarnya.































No comments:
Post a Comment