Pages

Monday, April 5, 2010

Pelancaran Kereta Satria Neo R3 Lotus Racing edition di Pavilion Kuala Lumpur

Rosyam Nor merupakan pembeli pertama Satria Neo R3 Lotus Racing edition


Assalamualaikum & salam sejahtera,

Kereta Satria Neo R3 Lotus Racing edition telah dilancarkan dengan jayanya di Pavilion Kuala Lumpur pada 30hb Mac yang lalu oleh Penasihat PROTON, Y.A.Bhg Tun Dr Mahathir Bin Mohamad. PROTON Satria Neo R3 Lotus Racing edition merupakan edisi terhad yang direkabentuk khusus untuk mereka yang meminati spesifikasi sebuah kereta lumba. Semenjak pelancarannya, kereta ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Warga PROTON dialu-alukan untuk mengunjungi bilik pameran Crystal Showroom, Centre of Excellence (COE) untuk melihat kereta Satria Neo R3 Lotus Racing edition yang akan dipamerkan mulai 10hb April 2010 (Sabtu).

Anda juga boleh melayari laman web www.proton.com untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kereta Satria Neo R3 Lotus Racing edition yang menjadi kebanggaan kita bersama.

No comments:

Post a Comment