Friday, September 24, 2010
Alert : Pemilihan 18 Exco MJK KPPTMSB bagi sesi 2011/14
Salam buat semua ahli2 KPPPTMSB.. Adalah dimaklumkan bahawa tempoh bagi jawatan 18 Exco MJK 2008/2011 akan berakhir pada bulan Mac 2011.. 18 Exco MJK yang ada sekarang akan meletakkan jawatan terutama sekali TOP 5.. Sehubungan dengan itu, 18 Exco MJK sesi 2011/2014 yang baru akan dilantik pada AGM yg bakal berlangsung seawal-awalnya pada bulan April dan selewat-lewatnya pada bulan September 2011. Tujuan 18 Exco MJK meletakkan jawatan adalah untuk memberi peluang kepada ahli-ahli KPPPTMSB bagi memegang jawatan dalam MJK KPPPTMSB. Calon-calon yang dipilih mestilah mempunyai kreteria spt jujur, amanah, ikhlas dan mampu memikul tanggungjawab apabila dilantik menjadi Exco nanti. Harapan MJK KPPPTMSB sesi 2008/2011 ini agar MJK KPPPTMSB sesi 2011/2014 dapat memperjuangkan kebajikan perkerja malah lebih daripada yang kita ada sekarang. Ahli-ahli berhak memilih calon-calon 18 MJK KPPTMSB yang layak menyandang 5 kerusi utama iaitu : PRESIDEN, TIMBALAN PRESIDEN, SETIAUSA, TIMBALAN SETIAUSAHA dan BENDAHARI dan 13 kerusi EXCO. 18 MJK inilah nanti akan memperjuangkan kebajikan semua ahli KPPPTMSB. HARAP MAKLUM..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment