Pages

Wednesday, March 7, 2012

PERLETAKKAN JAWATAN PEGAWAI KESATUAN (MOHD SYAYIR BIN AZHAR)




As Salam, saya ingin membetulkan kenyataan yang menjadi spekulasi ditempat kerja sekarang, utk pengetahuan saya memang meletakkan jawatan sebagai Pegawai Kesatuan Sekerja PTMSB berkuatkuasa pada 06/3/2012. Saya meletakkan jawatan tersebut bukan kerana saya tidak dapat bekerjasama dengan MJK sekarang atau saya ada masalah peribadi. Saya meletakkan jawatan adalah disebabkan saya ditawarkan sebagai Penyelia Tanah Rancangan (FELDA). Sekiranya ada isu-isu yang timbul sila berjumpa dengan saya atau Top 5, dan dapatkan cerita sebenar diatas perletakkan jawatan saya. Jangan dengar khabar angin atau membuat spekulasi sendiri kenapa saya meletakkan jawatan. Saya menafikan sekeras-kerasnya bahawa saya ada masalah dengan MJK yang ada sekarang. Saya menyokong penuh barisan MJK yang ada sekarang. Kepada ahli KPPPTMSB saya memohonkan kemaafan andai ada sebarang kekurangan atau kelemahan sepanjang 7 tahun saya berkhidmat dan menjalankan tugas-tugas kesatuan. Halalkan apa yang saya makan & minum. Sesungguhnya amat berat utk saya meletakkan jawatan di syarikat yang mana saya sedang membangun tamadun Islam (Jihad Fisabilillah). Saya halalkan semua ilmu & usaha saya dalam menambahbaik benefit k/tgn bersama dengan barisan MJK yang ada sekarang mahupun yang lepas. Sepanjang 7 thn saya bekerja sebagai operator dimana saya sendiri merasakan susah payah saya bekerja sebagai operator. Menjadi Pegawai Kesatuan adalah saya ingin membina karektor diri sendiri sebagai Pemimpin untuk berhadapan dengan 1800 org ahli KPPPTMSB. Ada yang memuji ada juga yang tidak, namun begitu ia tidak mematahkan semangat kerana saya mempunyai contoh tauladan (Rasulullah). Bukan pujian & penghargaan yang saya serta MJK mahukan, cukuplah sekadar anda menyokong usaha-usaha MJK kerana mereka berkorban masa, tenaga, wang dan keluarga demi menambahbaik faedah-faedah yang sedia ada. Dan ini jugalah yang kami ingin persembahkan kepada Allah S.W.T & Nabi Muhammad S.A.W apabila kami kembali nanti dimana kami memberi sedikit kesenangan kepada umat-umat Nabi Muhammad Ya Allah.. Alhamdulillah 7 thn saya membuat pengisian diri di PROTON. Hikmahnya adalah selepas ini saya akan berhadapan dengan peneroka & masyarakat FELDA, insyaallah saya cuba membawa pengalaman yang ada utk digunakan ditempat kerja baru walaupun keadaan yang berbeza. Saya ingin lihat PROTON bertaraf Global pada 2016 nanti. Jadikan zikir-zikir kita kpd Allah setiap skru-skru yang kita pasang dimana kita memudahkan saudara-saudara kita yang nak ke masjid, cikgu-cikgu yang nak mengajar anak muridnya sampai ke sekolah utk mendidik anak bangsa. Betapa besarnya pahala yang anda dapat menyenangkan orang lain setiap hari. Pahalanya akan dicatat amalan disebelah kananmu. Niatkanlah kerana Allah.. Subhanallah.. Betapa bangganya saya dapat berkhidmat di sini. Setiap manusia diberikan kelebihan & kekurangan serta keburukan & kebaikan. Apa yang baik itu datangnya dari Allah yang kurang itu kelemahan saya sendiri sebagai pemimpin. Harap Maklum.

1 comment:

  1. Slots at Casinos with Casinos with Casinos with Casinos with Casinos with Casinos with Casinos with Casinos with Casinos with
    Casinos with Casinos with Casinos with Casinos with Casinos with 익산 출장안마 Casinos with Casinos with 공주 출장안마 Casinos with Casinos with Casinos with Casinos 논산 출장마사지 with Casinos with Casinos 창원 출장샵 with Casinos 서산 출장마사지 with

    ReplyDelete